Thursday 10 September 2015

Linda Rafar Sudah Buat Permohonan Pengesahan Lafaz Cerai



Susulan kes lafaz cerai yang telah dilakukan oleh suaminya Syed Aiman beberapa hari lalu, Linda Rafar akhirnya diberi kekuatan untuk menyerahkan permohonan pengesahan lafaz cerai berkenaan di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam sebentar tadi.
Linda telah hadir ke mahkamah ditemani oleh beberapa ahli keluarganya sekitar jam 9.30 pagi tadi menyerahkan borang berkenaan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah. Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Terdahulu, Linda mengakui Syed Aiman telah melafazkan cerai kepada beliau dihadapan ibu bapanya serta anak-anak di kediaman mereka. Namun, Syed Aiman masih lagi ingin berdolak dalih dan menepis dakwaan tersebut serta menganggap isterinya itu emosinya tidak stabil kerana pembawakan budak.
Syed Aiman juga menegaskan beliau tidak akan hadir ke mahkamah dan masih ingin mempertahakan rumah tangga beliau bersama Linda

No comments:

Post a Comment