Friday 18 September 2015

GEMPAR !!! (Video&Gambar) Imam Masjid Negara Ditampar Semasa Imamkan Solat Jumaat Sebentar Tadi..


Suasana solat jumaat sebentar tadi di Masjid Negara berlaku sedikit kekecohan apabila seorang lelaki dipercayai berbangsa arab telah bertindak menampar imam ke-2 masjid ketika beliau sedang mengimamkan solat Jumaat.

Kejadian berkenaan berlaku ketika solat Jumaat baru di rakaat pertama, menurut saksi ketika imam berkenaan baru sahaja selesai membaca Al Fatihah tiba-tiba datang seorang lelaki berketurunan Arab terus menampar imam tersebut.

Selain itu juga, lelaki berkenaan bertindak merampas pembesar suara dan berkata "You go Back!" berulang kali.




Bagaimanapun sehingga kini kami belum dapat mengetahui punca lelaki berkenaan bertindak demikian. Berita selanjutnya akan dikemaskini.

No comments:

Post a Comment