
Kanvas seni Zizan Razak dan Emma Maembong tidak pernah sepi kontroversi setelah timbul gosip mengatakan mereka berdua sedang menjalinkan hubungan cinta. Selepas didakwa berkucupan ketika menaiki pesawat bersama, keadaan menjadi panas apabila mereka dikatakan berkesedudukan. Namun baik Zizan mahupun Emma menafikan dakwaan tidak berasas tersebut
Pendatang baru, Eina Azman sekali lagi dihimpit kontroversi apabila dia dikatakan lagi dari lokasi penggambaran Kuntilanak Ciliwung. Ini dikatakan berpunca daripada tidak wujudnya kontrak serta Eina disuruh melakonkan aksi ranjang. Eina yang melantik Usop Wilcha sebagai wakilnya bakal mengadakan sebuah sidang media bagi menjelaskan hal terbabit.
No comments:
Post a Comment