Puteri Sarah dan suami tercinta iaitu Syamsul Yusof sememangnya pasangan yang romantik dan amat secocok sekali. Sama cantik dan sama padan.
Dalam perkembangan terbaru, Puteri Sarah akui telah mengurangkan aktiviti lakonan dan lebih fokus kepada suaminya.
“Saya sendiri pilih untuk mengurangkan berlakon kerana saya sudah penat mahu aktif seperti dulu. Saya fikir takkan suami berlakon dan saya juga perlu berlakon, nanti tiada masa antara satu sama lain. Oleh itu, saya memilih bekerja waktu pejabat dari pagi hingga petang sahaja”
“Sabtu dan Ahad saya cuti maka itu masanya untuk saya menguruskan hal rumah tangga dan suami, saya rasa sudah memadai. Tanggungjawab sebagai seorang isteri pun besar dan kehendak itu datang dengan sendirinya,”
Pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Liyana juga akan ke Istanbul, Turki untuk penggambaran Romantika musim baru.
Jom layan gambar romantik Puteri Sarah dan Syamsul Yusof berdating
No comments:
Post a Comment