Tuesday, 6 October 2015

ANGGOTA POLIS DIBELASAH ORANG AWAM.....

Warga Prihatin's photo.

Warga Prihatin

BEKAS ANGGOTA POLIS DIBELASAH ORANG AWAM
Anggota Polis yang sedang digantung tugas ini dibelasah oleh orang kampung ketika melakukan pecah rumah di Kelantan. Kad kuasa Polis, Lesen Memandu Polis, sekeping business card milik seorang Pegawai Polis Cawangan Jenayah Narkotik dan kad pengenalan awamnya turut ditemui bersama beliau ketika ditangkap.
Ini adalah masalah individu yang tidak mampu menahan nafsu. Sedikit sebanyak pastinya ia turut mencalarkan imej PDRM di mata awam apabila semua dokumen kepolisian itu ditemui di tangannya. Namun harus diingat masih ramai anggota polis yang ikhlas dan bertugas penuh dedikasi. Oleh itu tidak wajar memburukkan institusi Polis secara umum. Yang baik kita katalah baik sebagai kredit, yang salah kita katalah salah agar dihukum sewajarnya.
Setakat ini pihak PDRM, khususnya bahagian tatatertib dikatakan tidak akan melindungi mana-mana anggotanya yang terlibat dengan jenayah seperti ini. Kita harap tindakan yang sama dikenakan terhadap anggota ini.
Pastinya sukar mengenalpasti siapa yang bertindak memukul anggota ini ketika melakukan 'public arrest'. Namun yang pasti kejadian pecah rumah dan kecurian sudah terlalu berleluasa dan membuatkan masyarakat tertekan. Kebanyakan mereka tidak berjaya diberkas. Mungkin atas sebab itu masyarakat desa melepaskan 'geram' mereka.
Kesimpulannya, janganlah lakukan jenayah. Jika berjaya sekalipun hasilnya tidak berkat dan jiwa akan sentiasa dirundung resah dan ketakutan.
WARGA PRIHATIN
Foto dan berita kiriman: Idham

No comments:

Post a Comment