Tuesday, 13 October 2015

Khas Untuk Wanita Yang Mempunyai Teman Lelaki Curang! Awas Lelaki, Inilah 7 Cara Balas Dendam Paling Sempoi!

homestay murah

7 Cara Paling Cool Untuk Balas Dendam Pada Teman Lelaki Yang Curang | Kita ni punyalah setia macam nak mati dekat dia. Siang malam pun hanya fikir dan menyulam impian nak jadi isteri solehah dan ibu mithali kepada anak-anak dia.

Tapi Rupa-rupanya dia main kayu tiga belakang korang. Erm.kadang-kadang bukan kayu tiga je, malah berkayu-kayan.

Eh..Melampau kan? Girls, tak perlu nangis-nangis buat video lagu Ombak Rindu bagai! Nah, cuba praktikkan 8 cara cool untuk kenakan teman lelaki korang yang curang tu. Confirm lepasni insaf!
Menerusi FiguraMalaya.com, berikut disenaraikan cara untuk anda 'revenge' pada pakwe anda yang curang:

1. Hantar Gambar Sweet Dengan Boyfriend Dekat Awek Baru Dia
Owh.. kau lah perempuan yang gatal sangat nak kat boyfriend aku tu walaupun tahu kewujudan aku? Nah, harap kau makan hati dan menangis dalam hujan tengok gambar sweet kitorang ni.
Lagipun, bersedekah adalah amalan mulia..

2. Pancitkan Tayar Kereta Masa Dia Nak Pergi Dating Dengan Perempuan Lain
Biasanya pasangan baru couple akan dating tiap hujung minggu kan? Ha..kalau korang nak buat awek baru dia tu naik angin lagi, korang pergi rumah boyfriend korang tengah malam, pancitkan tayar dia. Haha.

3. Upah Mak Nyah Cantik Try Dia Dekat FB
Sekarang ni memang susah nak bezakan lelaki dengan perempuan. Kadang-kala yang pondan ni lagi cantik daripada perempuan.

So, why not korang upah mana-mana pondan untuk try mengorat boyfriend korang sampai dia cair. Last, dia kena dump dengan pondan! Yeah. Sakitnya di situ!

4. Announce Dia Nak Belanja Semua Kaum Wanita Di Kedai Makan
Disebabkan boyfriend korang ni mata keranjang, apa kata korang puaskan keinginan dia tu dengan membelanja semua awek di kedai makan masa tu. Mesti muka dia pucat lesi beb!

5. Drive Jauh Ke Perlis & Tinggalkan Dia Dekat R&R
Lupakan sebentar kerugian minyak yang korang alami sebab dia mesti akan rasa begitu bangang ditinggalkan begitu sahaja di hentian R&R.

6. Bawa Bakal Teman Lelaki Baru Korang
Masa dia ajak jumpa, korang pakat dengan jejaka tall, dark and handsome untuk mengaku dorang ni mungkin akan jadi pengganti boyfriend korang yang loser tu!

7. Kahwin Dengan Kawan Baik Dia. Hiks.
Bagi seorang lelaki, kawan baik mereka merupakan tulang belakang mereka. Ha.. sekali member baik dapat mengorat girlfriend dia. Perghh.. Siap bagi kad undangan kahwin lagi. Well Harap jangan bakar diri.

No comments:

Post a Comment