Friday 13 May 2016

Cerita Penuh ‘Saya Bukan Pengganas’ – TMJ Dedah Talian Telefon Dicuri Dengar



JOHOR BAHRU- Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook Johor Souther Tigers mendakwa pergerakannya kini sedang dipantau oleh Cawangan Khas (SB) Bukit Aman.




Menurut Tunku Ismail, unit itu turut mempunyai fail berkaitan dirinya dan ayahandanya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


Berikutan itu, Tunku Ismail meluahkan rasa ‘tidak faham’ mengapa dirinya menjadi sasaran pihak SB.

“Saya tidak faham mengapa telefon saya dicuri dengar. Saya tidak faham mengapa pergerakan saya dipantau oleh SB.

“Saya tidak faham mengapa mereka perlukan fail mengenai saya dan ayahanda saya di Bukit Aman,” titahnya dalam satu temu bual bersama wartawan di Facebook Johor Southern Tigers.

Pada masa yang sama, Tunku Ismail menegaskan bahawa baginda bukanlah pengganas sebaliknya adalah seorang yang prihatin terhadap rakyat.

“Saya bukannya pengganas. Saya tidak berbahaya.

“Saya tidak pernah membunuh sesiapa kecuali ‘membunuh’ bola sepak Malaysia,” titahnya.

No comments:

Post a Comment