Wednesday 11 May 2016

Cerita Penuh 'Hey Perempuan! Jangan Kacau Laki Aku Boleh Tak?!'


Nak minta tolong pada perempuan di luar sana. Kalau sudah tahu lelaki itu suami orang, janganlah dilayan. Tak kiralah sama ada dia yang menegur kau dulu atau menggatal dulu.


Kalau dah tahu dia suami orang, please cut off hubungan itu. Biarkan dia nak menyundal dan kau pula jangan jadi sundal yang nak disundalkan. Kalau kau tak layan, takkan berlarutan perkara itu. Sebab kau layanlah, perkara itu berterusan.

Selepas itu, jangan nak bangga diri "Oh aku lawa, suami orang pun nak kat aku,". Jangan khianat kaum sendiri. Kalau ada suami orang memuji-muji atau mengadu domba tentang masalah rumah tangganya dengan kau, ingatkan dia.

"Baik awak puji isteri awak sendiri di rumah. Ada masalah rumah tangga, pergi kaunseling,"

Tak payah tunjuk diri itu prihatin sangat nak mendengar luahan hati dia. Mula-mula masuk campur hal rumah tangga orang. Lepas itu, timbul rasa kasihan, lama-lama bercinta.

Dah banyak kes seperti ini berlaku. Kasihanlah sikit pada isteri dia. Lagi-lagi kalau yang dah ada anak-anak. Mana simpati kau? Nanti kau dah kahwin, cuba orang pula menggatal dengan suami kau. Apa kau rasa? Kifarah itu ada, dan hidup ini sentiasa berpusing.

Perempuan yang bercinta dengan suami orang ini, tak tahulah nak label sebagai apa. Nak dikata bodoh, nanti marah pula. Nak kata gatal, nanti marah juga. Nak panggil perampas, pun dia marah juga. Mungkin dia seronok agaknya lelaki itu pilih dia berbanding isteri.

Kau rasa kau lagi lawa, lagi berharga, lagi betterlah, begitu? Kalau begitulah cara kau nak boost self esteem kau, memang makhluk hati bangkailah kau ni. Tak ada hati perut, enjoy dengan suami orang sedangkan isteri dia bermurung di rumah.

Aku tujukan statement ini pada perempuan yang saja-saja nak kacau rumah tangga orang. Bukan perempuan yang tak tahu itu adalah suami orang, yang tak sengaja atau apa-apalah. Ini untuk perempuan yang guna ayat seperti,

"You sayang I atau sayang wife you?"

Jangan butthurt sangat! Thanks!

No comments:

Post a Comment