Tuesday 22 March 2016

Cerita Penuh Hanis Zalikha ‘Melantun’ Ditegur Ustaz




Ya, Masih lagi bercerita mengenai pasangan olololo so sweet, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen yang bikin satu Malaysia terkejut dengan lamaran yang dibuat dalam program Gegar Vaganza kelmarin.
Dek kerana lamaran terbuka itu, teruk juga pasangan ini menerima kecaman masyarakat. Sampaikan ustaz pun turut memberikan teguran.
Namun, walaupun menerima kritikan, Hanis wat lek wat peace je. Tapi, status yang dimuat naik Hanis di Twitter pagi tadi betul-betul membuat kami terkesima. Sentap ke?
Kalau nak tahu, status tersebut seolah-olah mempertikaikan teguran pengacara program Pencetus Ummah iaitu Ustaz Zulkefli Hamat.
Namun, status tersebut dipercayai telah dipadam dan digantikan dengan ini :
Kami harap Keknis terimalah teguran tersebut dengan hati terbuka. Bukan calang-calang orang yang menegur kan.
Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempatan. Tak gitu?

No comments:

Post a Comment