Wednesday 13 January 2016

Pelancong Berbogel sambil Menunggang Motosikal



Tingkah laku pelancong asing semasa melawat  di sebuah negara, banyak yang aneh. Mereka kadang-kadang tanpa rasa malu melakukan perkara yang biasa di negaranya lakukan. Walaupun mereka sedang melakukan satu lawatan pelancongan.

Adat-istiadat negara yang dikunjungi oleh pelancong memang harus dipatuhi. Perkara ini agar tidak ada keriuhan atau kekecohan yang mereka lakukan. Namun terkadang ada juga tempat-tempat pelancongan yang membenarkan pelancong melakukan apa-apa juga.

Mereka bebas melakukan pesta tanpa batas, bahkan beberapa pantai juga membenarkan pelancong melepaskan pakaiannya. Namun yang dilakukan pelancong berasal dari Eropah ini yang bernama Crawford Brown ini, sudah dianggap keterlaluan dan melanggar tatasusila.

Sebabnya, ia menunggang motor bersama dengan kekasihnya Catarina Aarnio berasal dari Finland, tanpa mengenakan sehelai pakaian  di jalanan Kemboja.

Namun akhirnya polisi  menangkapnya atas tuduhan melanggar adab negara.

Dalam sebuah video memperlihatkan, jika mereka tanpa ragu dan malu berjalan-jalan berdua, diiringi dengan rakan-rakannya.




"Kami melihat mereka melintas di depan pejabat polis, dan kami menghentikannya. Saya tidak boleh boleh membiarkan mereka melakukan perkara tersebut, apalagi tradisi di negara ini sangat menjunjung tinggi adab," kata Chuon Chomkol, salah satu polis Kemboja.

Kemungkinan besar mereka akan melintas ke Vietnam. Ketika ini polis masih melakukan penahanan dan penyiasatan, apa yang menyebabkan mereka melakukan hal tersebut

No comments:

Post a Comment