Assalamualaikum, Sdra-sdri,
Peristiwa di UPM.......satu-satunya Universiti yang ada gereja katholik di dalam kawasan Universiti !! La ni pulak,....dok suruh student veterinar pegang babi & anjing tanpa alas !!!
Pensyarah2 nya BABIIII ke ?! Entah-entah Babi-babi yang kat Melaka tu di pindahkan ke UPM kot ?!
Gempur !!!
Takbir !!!
Pelajar-pelajar Melayu (Islam????) :
1. dahlah bertudung
2. menghina Allah SWT dan agamaNYA
3. menghina umat islam seluruh dunia
4. BIADAP
5. KURANG AJAR
6. perosak minda remaja-remaja lain (terutama sekali)
7. pencipta hukum-hukum lanjutan agam baru
8. hidayah/balasan dari allah kelak (minta-minta dijauhi.....nauzubillah
himinzaalik)
Dr Zulhamka Kamaluddin, DVM UPM di dalam tulisannya Walaupun telah disemak oleh Prof. Dr. Rasedee Abdullah, Pensyarah Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia masih tidak menjawab isu dan persoalan yang sebenar.
Umat Islam marah bukan soal pegang, mengendali, merawat atau mengkaji penyakit babi dan anjing. Isunya ialah SIKAP yang ditunjukkan oleh pelajar Islam tersebut danbetapa biadabnya pensyarah mereka yang tidak mengambil peduli tanggungjawab yang diamanahkan oleh Islam agar adab dan akhlak perlu dijaga dalam apa jua bidang dan situasi.
Sekalipun terpaksa memegang anjing dan babi, tidak mampukah pihak universiti berkenaan menyediakan sarung tangan untuk dipakai oleh pelajar Islam tersebut?Sekiranya gambar pelajar Islam itu dalam keadaan sedang membuat eksperimen di makmal, melakukan kajian saintifik atau sesi kuliah dalam bidang yang berkaitan memang tiada apa-apa masalah pada gambar tersebut.
Jangan kata hendak pegang anjing atau babi, jika perlu mereka memegang atau membelek-belek kemaluan pensyarah mereka sendiri pun tiada siapa yang peduli,asalkan gambar tersebut dalam situasi sesi kajian sampel-sampel, rawatan atau penyelidikan menurut kurikulum Doktor Perubatan Veterinar.Malangnya gambar-gambar tersebut tidak begitu. Apa yang umat Islam lihat adalah gambaran sebuah 'kasih-sayang' yang terlampau.
Ini satu bentuk penghinaan terhadap pelajar Islam secara terang-terangan dan seolah-olah terancang. Hanya pensyarah yang mempunyai niat jahat sahaja yang sanggup melihat pelajarnya beraksi sedemikian. Apakah ini juga salah satu bentuk 'deraan' oleh pelajar senior selepas episod di Kem latihan tentera udara, penjara Abu Gharib atau sekolah-sekolah berasrama penuh sebelum ini!?
Umat Islam Melayu khususnya - dulu, kini dan selamanya? mengajar anak-anak mereka jijik terhadap anjing dan babi kerana nilai yang diwarisi daripada ibu bapa ini adalah satu kaedah pendidikan untuk memahamkan mereka bahawa anjing dan babi itu hukumnya najis berat dan haram dimakan.
Dalam waktu yang sama, masyarakat majmuk di Malaysia difahamkan bahawa orang Islam jijik dengan babi dan anjing kerana Islam telah menetapkan hukumnya begitu. Maka orang kafir perlu menghormati umat Islam dalam apa situasi sekalipun kerana kita telah menunjukkan sikap jijik kita terhadap binatang najis itu. Lagipun,
amalan bagi masyarakat Melayu jangan kata hendak memegang babi, menyebut namanya pun sudah menjijikkan. Berzina perbuatan haram maka menghampirinya juga dilarang. Arak haram maka apa-apa yang terlibat dengannya turut haram. Anjing dan babi najis berat serta haram dimakan maka apa yang datang dari keduanya atau keturunannya tetap najis dan haram untuk dimakan. Kecuali melibatkan perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak dan mengikut adab yang diajar oleh Islam.
Pensyarah tersebut juga berhujah, ini hanya soal taharah bukannya soal haram dipegang atau haram dipelihara. Hukum fikah menetapkan anjing dan babi itu najis mughallazah atau najis berat. Baiklah jika soal taharah, najis sederhana seperti tahi pensyarah atau tahi pelajar itu sendiri, mahukah pelajar tersebut bergambar dan berposing sambil memegang tahi mereka alasan sebagai menerangkan kepada umat Islam bahawa umat Islam boleh menyentuh tahi? Apa pula yang boleh kita katakan jika pelajar itu bergambar bangga di sebelah pancutan air kencing rakannya sendiri.
Bolehkah kita tersenyum dengan alasan mereka sedang belajar urine test? Cukupkah berpandangan bahawa tahi dan air kencing itu cuma najis sederhana sahaja bukan najis berat atau sesuatu yang haram disentuh. Mana letaknya akhlak dan adab serta budaya sopan kita selama ini? Apakah kita gembira melihat rombongan pelajar-pelajar Islam yang bertudung bergambar dengan penuh ceria dan bangga di hadapan kilang arak dengan alasan mereka sekadar membuat kajian atau lawatan sambil belajar?
Hari ini kita sudah tidak kisah melihat gadis-gadis Islam bertudung menari, berjoget dan bernyanyi bersama lelaki di atas pentas atau gadis-gadis bertudung yang turut berpelukan dan berjoget di bawah pentas sambil bersorak gembira menyaksikan artis kafir atau Melayu yang sekadar menutup kemaluan dalam program maksiat. Adakah ini senario yang ingin kita jadikan budaya setelah 50 tahun kita merdeka?
Persoalan anjing dan babi ciptaan Allah memang tidak sesiapa yang akan menafikannya. Tetapi soal bagaimana kita melayaninya telah diajar oleh Islam. Syaitan adalah ciptaan Allah tetapi ia dilayan dengan laknat. Manusia ciptaan Allah juga dilayan mengikut kebaikan atau kejahatannya. Haiwan ciptaan Allah turut dilayan mengikut kegunaannya.
Memang benar kita perlu melayan haiwan dengan baik, tetapi sebaik mana layanan kita sekalipun sekiranya berhadapan dengan harimau, singa, ular dan binatang berbisa masih ada batasnya. Belajarlah sehingga PhD sekalipun, tetapi jika soal adab dan akhlak masih keliru, jika soal najis masih diringan-ringankan, soal anjing dan babi masih tidak ada perasaan jijik apalah nilai ilmu setinggi itu.
Percayalah jika pemikiran dangkal sebegini berlarutan, orang kafir akan menganggap tiada apa-apa larangan kepada orang Islam terhadap kedua-dua binatang najis mughallazah ini. Jangan salahkan mereka jika suatu hari nanti pensyarah itu dihidangkan dengan gulai babi atau sup anjing. Ini kerana anak-anak didiknya telah menunjukkan SIKAP yang KURANG diAJARi oleh guru mereka.
Ustaz Muhammad
No comments:
Post a Comment