GAMBAR seorang wanita selamba menayang dadanya sedang diraba lelaki dalam kereta yang dikongsikan di media sosial, menjadi viral sehari dua ini.
Sehubungan itu di laman makro Twitter, seorang netizen mendakwa rakan kepada wanita itu mempertahankan tindakan berkongsi foto tersebut atas alasan orang yang meraba adalah suami wanita itu sendiri.
Namun, tak semua netizen bersetuju dengan tindakan wanita itu yang terang-terangan berkongsikan gambar terlebih mesra untuk tatapan umum walaupun dia sudah berkahwin dengan lelaki tersebut.
Ada juga yang sempat menasihatkan wanita itu agar lebih hati-hati sekiranya ingin memuat naik gambar ‘terlebih mesra’ macam itu di media sosial selepas ini.
No comments:
Post a Comment