1) Kecilkan saiz gambar dari 100 - 500 pixel sahaja.
2) Edit gambar asal sehingga 30%-50% berubah daripada rupa asal.(guna Camera360 pun dah ok)
3) Edit dan buang tanda lahir seperti tahi lalat di wajah.
5) Edit gambar dengan menggunakan applikasi 'filter' seperti 'blur', 'jitter', 'noise', 'crystallize' dan lain-lain.
6) Setiap kali memuat naik gambar di laman sosial bacalah 'Bismillahirrahmanirrahim'.
7) Elakkan 'meluahkan' perasaan 'marah melampau' sehingga melibatkan orang lain di laman sosial dengan memuat naik nama mereka!(kawal emosi, banyakkan beristighfar dan berselawat - lagi 'murni' kalau mengadu kasih dengan Allah S.W.T)
8) Jangan sekali-kali menggunakan applikasi 'Add A Location To Post' atau 'Check in' di facebook untuk mengelakkan lokasi kediaman dan keberadaan!
9) Bacalah Doa Pendinding & Penggerak “Bismillahi lazi la yadurru ma’as mihi syai’un fil ard, wala fissama’i wahuassami’ul ‘alim…” dibaca sebanyak tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut.
10) Jangan malas 'membaca' kesan & tanda-tanda di bawah!
Antara kesan-kesannya anda terkena SANTAU ialah;
1) Orang yang terkena santau atau sihir tidak akan boleh melelapkan mata..
2) Orang yang kita sayang, akan bertukar menjadi benci dalam sekelip mata..
3) Boleh pitam dan koma, berbulan-bulan, hingga membawa maut.
4) Boleh menjadi hilang akal, meracau-racau, sehingga membawa maut.
5) Muntah darah,
6) Bagi perempuan yang terkena santau pula pasti akan akan lupa segalanya, pada suami, anak-anak, dan akan tinggalkan semua itu, bagi menuruti seseorang yang membuatnya.
7) Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
8) Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
9) Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
10) Sakit sesak nafas terutaman waktu Maghrib.
11) Lenguh seluruh anggota badan.
12) Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
13) Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
14) Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
15) Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
16) Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.
17) Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
18) Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan seumpamanya.
19) Sentiasa sakit pada tulang belakang
20) Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur)
21) Hilang daya ingatan
22) Kulit akan menjadi merekah dan keluar air bisa dan nanah,
23) Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali sebagai seorang bersifat penyakit menjadi seorang yang panas baran.
24) Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan.
25) Badan menjadi licin kerana seluruh bulu di badan telah gugur.
26) Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang selalu terganggu.
27) Terjadinya ‘saratan’ atau kanser dan ketumbuhan.
28) Jika hamil mungkin akan mengalami keguguran.
Wallahu A'lam Bishawab...
No comments:
Post a Comment